Monday, April 2, 2012

ketahuilah & fahamilah wahai INSAN bahawasanya........

••Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.


p/s: jaga lah perasaan sesama kita..dan janganlah pentingkan perasaan dan diri sendiri kita sampai terlupa akan perasaan dan diri orang lain yg berada di sekeliling kita....hormatilah orang lain jika kita mahu dihormati... marilah kita sama-sama muhasabah diri dan saling mengingati.. =)





~eQaSuJu~

No comments:

Post a Comment